Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Timbalan ketua menteri Sarawak positif Covid-19
Diterbitkan:  Sep 28, 2021 8:31 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing dilaporkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Umum Sarawak berikutan jangkitan Covid-19.

"Ya, saya disahkan positif Covid-19 hari ini. Saya demam dan selsema sebelum menjalani ujian RT-PCR dan disahkan positif,” katanya kepada Astro Awani.

Laporan itu mengatakan bahawa Adun Baleh berkenaan sudah menerima dua dos vaksin dan kini dalam keadaan stabil, tetapi tidak menyebut jenis vaksin yang diterima.

James juga dilaporkan mengingatkan orang ramai agar selalu mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 dan memandang serius wabak ini.

"Patuhi SOP di mana sahaja anda berada dan dapatkan vaksin secepat mungkin," katanya.

Lihat Komen
ADS