Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mustapa: Buku RMK12 melibatkan kos kecil, bukan RM2 bilion
Diterbitkan:  Sep 28, 2021 9:37 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Jabatan Perdana Menteri hari ini membantah dakwaan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa Putrajaya membelanjakan sejumlah RM2 bilion bagi perunding asing menyiapkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Mustapa Mohamed, yang merupakan menteri ekonomi, mengatakan bahawa ia disiapkan oleh sepasukan pegawainya di Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan melibatkan "kos yang sangat kecil".

"Untuk pengetahuan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMK-12 seperti yang didakwa oleh Anwar.

"Perancangan pembangunan negara untuk lima tahun ini disediakan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah selian saya, hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak.

"Penyediaan RMK-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

"Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan," kata Mustapa.

Di Dewan Rakyat hari ini, Anwar mendakwa bahawa kerajaan pusat telah menggunakan lebih daripada RM2 bilion untuk menyusun buku itu, yang dibentangkan di Parlimen pada hari Isnin.

Lihat Komen
ADS