Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zafrul: Sesiapa saja boleh buka akaun dengan bank berlesen
Diterbitkan:  Oct 5, 2021 7:01 PM
Dikemaskini: 11:52 PM

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata sesiapa saja boleh membuka akaun dengan mana-mana bank berlesen termasuk akaun luar pesisir (off-shore).

Zafrul berkata demikian sebagai respons kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bertanya tentang bagaimana kerajaan Malaysia akan mendapatkan kembali dana yang dimasukkan ke dalam akaun di luar negara.

Kata Zafrul, rakyat Malaysia yang membuka akaun di bank berlesen dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau di luar pesisir yang dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) hendaklah lulus proses usaha wajar pelanggan.

"Ia seperti yang disyaratkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001),” katanya.

Soalan asal Lim adalah berkaitan dengan pendedahan Kertas Pandora semalam, yang mendakwa aset kewangan luar negeri dan rakan perniagaan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Lim bertanya apakah usaha yang akan dilakukan kerajaan untuk mendapatkan dana tersebut.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini juga telah mengemukakan usul ke Dewan Rakyat, meminta Dewan membahaskan pendedahan itu, dengan mengatakan ia kepentingan awam kerana laporan itu juga menamakan tokoh politik kerajaan dan pembangkang.

"Perkara itu perlu disegerakan kerana apa yang diungkapkan dalam Kertas Pandora memerlukan penjelasan segera untuk membersihkan reputasi kerajaan dari tuduhan bahawa ia akan melindungi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam transaksi wang antarabangsa," tambahnya.

Selain Daim, dalam surat yang dikirimkan kepada speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, Anwar juga menyebut empat menteri, seorang timbalan menteri dan ahli parlimen yang memiliki akaun luar pesisir, seperti yang dinyatakan dalam Kertas Pandora

Mereka adalah Zafrul sendiri, timbalannya, Yamani Hafez Musa, Ahli Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Zafrul mengeluarkan kenyataan semalam dengan mengatakan bahawa dia melepaskan jawatannya di Kenanga Group pada bulan Jun 2010 ketika dia dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd. Capital Investment (Labuan) Ltd yang disebutkan dalam laporan itu dikaitkan dengan Kumpulan Kenanga.

Kertas Pandora yang diperoleh oleh Kosortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendedahkan rahsia kewangan 35 pemimpin dunia, lebih daripada 330 ahli politik dan pegawai awam di 91 negara dan wilayah, dan pelarian global, individu yang terlibat dalam penipuan serta pembunuhan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS