Amaran Pak Lah: Jangan menguji saya
Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada ahli Umno supaya tidak mengambil kesempatan daripada pendekatannya yang agak lembut berbanding kepimpinan sebelumnya.
Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada ahli Umno supaya tidak mengambil kesempatan daripada pendekatannya yang agak lembut berbanding kepimpinan sebelumnya.
"Susah nak jadi baik dan sabar... Janganlah menguji saya pulak nanti," tegas beliau.
Abdullah memberitahu pemberita demikian selepas sesi taklimat hampir dua jam kepada para perwakilan ke perhimpunan agung parti itu yang bermula malam ini dengan perasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Abdullah berkata, beliau telah memberi taklimat kepada para perwakilan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu mengkritik keras pentadbiran Abdullah yang didakwanya tidak cekap menguruskan ekonomi negara dan mengamalkan nepotisme.
Abdullah berkata, beliau tidak menyebut nama Dr Mahathir dalam taklimat tersebut tetapi menyentuh banyak perkara yang dianggap sebagai isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu, seperti mengenai projek dan soal ekonomi yang didakwa tidak berkembang.
Dalam hubungan itu, Abdullah berkata, sekiranya perkara itu tidak dibangkitkan oleh Dr Mahathir sekalipun, beliau tetap menjelaskannya kerana isu-isu tersebut penting kepada parti dan rakyat.
Beliau juga mengingatkan bahawa para perwakilan tidak di larang membangkitkan isu-isu, termasuk kritikan keras Dr Mahathir terhadap kepimpinan dan pentadbirannya.
Patuhi peraturan
Perdana Menteri berkata, para perwakilan tidak akan disekat daripada mengutarakan sebarang isu, namun mereka perlu mematuhi peraturan persidangan.
Beliau juga mengingatkan semua ihak, termasuk ahli Umno supaya berhati-hati mengenai isu sensitif supaya ia tidak menimbulkan reaksi yang boleh merosakkan perpaduan.
Sebagai parti yang juga peneraju Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata, adalah penting semua peringkat kepimpinan Umno memahaminya dan bersikap adil dengan mengambil kira pandangan parti komponen lain.
Katanya, parti-parti komponen BN secara sukarela memberi peranan kepada Umno untuk mengetuai muafakat atau kerjasama dalam BN.
Oleh itu, tegas Perdana Menteri, adalah penting semua peringkat kepimpinan Umno memahami perkara tersebut dan mengambil kira pandangan parti-parti komponen yang lain dalam sebarang tindakan mereka.
Mengenai perhimpunan agung Umno kali ini, Perdana Menteri berkata, para perwakilan tidak akan disekat daripada mengutarakan sebarang isu, namun mereka perlu mematuhi peraturan persidangan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.