mk-logo
Berita
Ahli Parlimen Labuan mengaku tak bersalah di mahkamah
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 1:45 AM
Dikemaskini: 2:23 AM

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli hari ini mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan berkaitan rasuah semasa dia menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan tiga tahun lalu.

Wakil rakyat dari parti Warisan itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Rozman didakwa menggunakan kedudukannya itu bagi mendapatkan kontrak kerajaan untuk sebuah syarikat yang di dalamnya ada kepentingan bapa serta saudarnya.

Menurut kertas pertuduhan kontrak tersebut ialah untuk menjadi pengendali Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan manakala syarikat yang didakwa terlibat ialah Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melaukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik mesyuarat di tingkat sembilan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya antara jam 2.30 petang hingga 5.30 petang pada 23 Mac 2018.

Rozman didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM Rozman berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dendatidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Selepas pengakuan tidak bersalah Rozman dibuat, timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah, pihaknya dan pembelaan bersetuju agar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM100,000 bersama seorang penjamin.

Katanya kedua-dua pihak juga bersetuju dengan syarat ikat jamin iaitu pasport antarabangsa tertuduh disimpan mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Peguam bela Rozman, Muhammad Rafique Rashid Ali, kemudian mengesahkan hal itu kepada mahkamah. 

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga diarah agar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Rozina kemudian menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan kes. 

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini