Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Afghanistan alami gangguan bekalan elektrik akibat masalah teknikal

Bekalan elektrik yang disalurkan dari Uzbekistan ke Kabul dan beberapa wilayah di Afghanistan mengalami gangguan akibat masalah teknikal, lapor Sputnik memetik kenyataan syarikat Da Afghanistan Breshna Sherkat (DABS) pada Rabu.

DABS memaklumkan berlaku masalah teknikal di wilayah Baghlan, utara Afghanistan.

"Kakitangan teknikal sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

Afghanistan bergantung pada import elektrik dari negara jiran seperti Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan yang menyumbang 80 peratus daripada sumber tenaga elektrik.

Pada 4 Okt, bekas ketua DABS, Daud Noorzai, berkata bekalan elektrik ke Kabul mungkin akan mengalami gangguan pada musim sejuk kerana Taliban tidak membayar bil kepada negara pembekal dan tidak menyambung semula mengutip bayaran daripada pengguna.

-Bernama

Lihat Komen
ADS