Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafidah turut kesal dakwaan jual beli pangkat polis
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 1:45 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Ahli politik veteran Rafidah Aziz hari ini menyatakan kekesalannya terhadap dakwaaan pangkat polis boleh dijual beli.

“Keadaan makin teruk, hampir setiap hari ada laporan rasuah di pelbagai peringkat dan pelbagai tempat,” katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Katanya, budaya Malaysia telah dicemari denga penggunaan “insentif”, “dorongan” dan “ganjaran” untuk mencapati sesuatu matlamat.

“Dukungan politik dan undi, kontrak dan projek tak kira kawasan atau sektor mana, untuk dapatkan kedudukan dan pangkat.

“Amat membimbangkan apabila wang ringit dan suapan lain mempengaruhi sesuatu keputusan,” katanya.

Semalam, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa pasukan polis dirombak setelah muncul dakwaan seorang pegawai polis membuat pinjaman sebanyak RM100,000 untuk membeli pangkat superitendan.

Perkara sama dikritik oleh ahli parlimen DAP Charles Santiago.

Malaysiakini kelmarin melaporkan seorang pegawai kanan polis disiasat kerana membuat ugutan bunuh terhadap seorang wanita.

Wanita itu mendakwa menerima ancaman semasa berbalah mengenai wang RM100,000 yang dipinjamkan kepada timbalan superitendan (DSP) berkenaan untuk "membeli" pangkat superintendan.

Lihat Komen
ADS