Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Jerantut Umno dilantik pengerusi PUNB
Diterbitkan:  Oct 18, 2021 1:16 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Anggota Pralimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris dari Umno dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Okt 2021.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Tan Sri Noh Omar yang meletak jawatan pada 1 Sept 2021 berikutan lantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ahmad Nazlan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada 2020 hingga 2021.

Beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Pengerusi Kolej Poly Tech MARA pada 2015 hingga 2018 selain pernah menjadi Ahli Majlis Penasihat Felda dan Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Global Ventures Sugar Sdn Bhd dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata dengan pengetahuan dan pengalaman luas Ahmad Nazlan diharap dapat membantu memacu kecemerlangan sekali gus memantapkan kedudukan PUNB sebagai pusat pembangunan keusahawanan Bumiputera terulung di negara ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS