Mukhriz: Pak Lah jangan beretorik dalam isu rasuah
Beberapa perwakilan perhimpunan agung Umno mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan keazamannya membanteras rasuah dengan tindakan dan bukannya sekadar bercakap semata-mata.
Beberapa perwakilan perhimpunan agung Umno mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan keazamannya membanteras rasuah dengan tindakan dan bukannya sekadar bercakap semata-mata.
Mereka berkata sehingga hari ini belum nampak sebarang tindakan konkrit yang dibuat oleh kerajaan untuk memerangi gejala ini.
Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir ketika ditemui berkata, apa yang berlaku sekarang ialah retorik belaka tetapi tiada tindakan.
"Isu rasuah bukan isu baru...sudah bertahun-tahun tetapi masih berlaku. Kita harap ada tindakan yang diambil dan tunjukkan kepada rakyat.
"Kita bercakap, bercakap, bercakap, Saya rasa ahli Umno mahu tindakan dan bukannya bercakap," katanya ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno hari ini.
Dalam ucapannya Abdullah berkata, beliau cekal mahu membanteras politik wang dan rasuah di segenap peringkat kerajaan.
"Namun Presiden parti dan Perdana Menteri tidak dapat melaksanakan usaha ini secara berseorangan.
"Di dalam parti (Umno) saya telah meminta setiap orang daripada saudara-saudari membantu saya membanteras politik wang," kata Datuk Seri Abdullah dalam ucapan dasar tersebut.
Mukhriz berkata, usaha membanteras politik wang dalam Umno tidak serius dan ini dapat dilihat dalam siasatan Lembaga Disiplin Umno terhadap laporan politik wang di bahagian Kubang Pasu yang keputusannya belum diputuskan.
Mukhriz berkata, secara keseluruhannya ucapan Abdullah tidak ada yang baru kerana beliau mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari Presiden Umno itu.
Pemerhati dari Umno Kuantan, Razali Alam pula berkata, gejala rasuah dalam negara telah mencapai tahap yang membimbangkan kerana orang tidak takut lagi melakukan rasuah.
"Berita rasuah sudah jadi berita basi, bukan berita baru. Adakah langkah bersungguh-sungguh diambil untuk membanterasnya.
"Saya percaya rasuah tidak akan berlaku jika tindakan tegas bagi membasminya diambil. Apa yang saya khuatir kita hanya bercakap dan bukannya bertindak," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.