Tee Keat serah pada rakyat menghakiminya
Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menghakiminya berikutan kritikan terhadapnya oleh seorang perwakilan Umno kerana "bergaduh secara terbuka" dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien baru-baru ini.
Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menghakiminya berikutan kritikan terhadapnya oleh seorang perwakilan Umno kerana "bergaduh secara terbuka" dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien baru-baru ini.
"Bagi kenyataan yang mengkritik saya, respons saya ialah biar rakyat hakimi saya. Kita jangan bertindak sebagai hakim," kata Ong kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA, di Bangunan Parlimen semalam.
Menurut laporan Bernama, mesyuarat tiga jam itu dipengerusikan oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, yang menyambut hari jadinya yang ke-50 semalam.
Dalam perhimpunan agung Pemuda Selasa, wakil pemuda Ramli Simbok membidas Ong kerana bergaduh secara terbuka dengan Hishammuddin dan berkata ia mengejutkan kerana "kawan yang berkongsi bilik yang sama cuba menjatuhkan kita."
Beliau turut membidas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Timbalan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kerana didakwa tidak menghormati Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ong juga berkata perwakilan berhak untuk membangkitkan sebarang isu semasa perhimpunan agung parti masing-masing, namun mereka mesti bertanggungjawab terhadap dakwaan mereka.
"Seperti mana-mana perhimpunan lain, perwakilan mempunyai hak untuk membangkitkan sebarang isu. Bagaimanapun, dalam senario biasa, seseorang itu mesti bertanggungjawab terhadap hujah masing-masing dengan memberikan fakta yang betul bagi mengelak mendapat malu kelak," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.