Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Mana undang-undang antidiskriminasi gender yang dijanjikan?
Diterbitkan:  Oct 22, 2021 10:43 AM
Dikemaskini: 2:43 AM

Beberapa NGO mempersoalkan tentang kurangnya undang-undang antidiskriminasi di tempat kerja, di saat kerajaan sebelum ini berjanji untuk menangani isu diskriminasi gender.

Dalam sesi perbincangan semalam, Timbalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Yu Ren Chung berkata, dia mendapati majikan di Malaysia secara jelas mendiskriminasi pekerja kerana ia dilihat tidak melanggar undang-undang.

"Faktanya adalah, diskriminasi dalam tenaga kerja tidak dilarang. Oleh itu, diskriminasi terang-terangan oleh majikan secara teknikal tidak melanggar undang-undang. Itulah sebabnya kita selalu melihatnya.

"Ini cukup relevan dengan Belanjawan 2022 kerana dalam polisi belanjawan mutakhir ini, isu diskriminasi telah dinyatakan. Tetapi kami melihat dalam satu dua tahun terakhir ini tidak ada kemajuan dari pihak kerajaan," katanya.

Dia juga berkata kerajaan beberapa kali berjanji untuk menangani isu tersebut dan dia menggesa perlindungan bukan saja diberikan kepada tenaga kerja sedia ada, tetapi kepada kalangan yang sedang mencari kerja.

Yu berkata demikian dalam webinar berkenaan dasar responsif gender, yang menampilkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai moderator.

Yu Ren Chung

Webinar itu, yang diadakan secara langsung di Facebook, membincangkan faktor-faktor multidimensi yang menyumbang kepada kemiskinan, yang menyoroti kesan buruk perkara tersebut.

Ia diadakan sempena pelancaran Indeks Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021.

Antara panel yang terlibat adalah bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya Fatimah Kari, yang membangkitkan isu wanita diberi pencen tidak mencukupi selepas bersara kerana mereka gaji yang rendah diterima akibat diskriminasi.

Turut serta dalam perbincangan adalah Timbalan Pengarah Penyelidikan Institut Khazanah, Hawati Abdul Hamid dan penolong pensyarah Ekonomi Asia School of Business, Melati Nungsari.

Dalam pada itu, Yu menuntut tiga perkara dimasukkan dalam Belanjawan 2022:

  • Pelaburan dalam tindak balas keganasan berdasarkan gender
  • Wanita dalam tenaga kerja (diskriminasi, cuti bersalin untuk bapa dan penjagaan anak)
  • Usaha meningkatkan belanjawan untuk kesihatan mental.

Menurut kajian WAO pada 2020, 56 peratus wanita di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk diskriminasi gender di tempat kerja.

Dalam kajian mereka, 47 peratus wanita ditanya mengenai status perkahwinan mereka semasa temuduga, sementara seorang daripada setiap lima responden disoal mengenai kemampuan untuk melakukan tugas-tugas tertentu sebagai seorang wanita.

Selain itu, kira-kira 55 peratus wanita mengatakan bahawa bapa kepada anak mereka diberi cuti paterniti kurang dari seminggu atau tiada cuti langsung, dengan 55 peratus wanita membayangkan bahawa cuti diberikan itu tidak mencukupi.

WAO mencadangkan lima pindaan berikut kepada Akta Pekerjaan:

  • Cuti paterniti selama tujuh hari untuk pekerja sektor swasta
  • 90 hari cuti bersalin bergaji di sektor swasta
  • Larangan terhadap diskriminasi terhadap jantina, bangsa, agama dan kelainan upaya bagi pekerja dan pencari kerja
  • Hak untuk meminta waktu kerja yang fleksibel
  • Perlindungan daripada gangguan seksual.
Lihat Komen
ADS