PM: Kita akan teruskan objektif DEB
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) telahpun tamat pada tahun 1990 dan dasar itu tidak dilanjutkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) telahpun tamat pada tahun 1990 dan dasar itu tidak dilanjutkan.
"Kita tidak ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) lagi. Ianya telah menjadi satu nama yang sinonim dengan penstrukturan semula masyarakat dengan strategi untuk membasmikan kemiskinan. Itulah maknanya," kata Abdullah.
Perdana Menteri berkata, apa yang diteruskan oleh kerajaan sehingga hari ini ialah penstrukturan semula masyarakat dan strategi pembasmian kemiskinan.
Abdullah menegaskan demikian dalam satu sidang akbbar selepas berakhirnya persidangan hari keempat perhimpunan agung Umno ke-57 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana beliau menjelaskan mengenai DEB.
Rasa tidak puas hati
Mengenai perbahasan para perwakilan yang berbuar perkauman sejak beberapa hari lalu, Abdullah berkata, mereka telah memanfaatkan kebebasan yang lebih luas untuk berbincang.
Menjawab soalan lain, Abdullah berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh para perwakilan terhadap parti-parti komponen BN, tidak diulangi lagi.
Katanya, mereka telah meluahkan isihati mereka mengenai isu-isu yang mereka pandang berat.
"Saya harap selepas ini, (apabila) setiap orang telah mengatakan apa yang mereka mahu katakan, kita tidak perlu lagi mengulanginya, jadi kita tidak perlu melalui sekali lagi iklim tidak puas hati ini," kata Abdullah.
Ketika diminta mengulas bagaimana Umno dan MCA menggunakan perhimpunan agung masing-masing sebagai platform untuk mengkritik satu sama lain, Abdullah menegaskan kedua-dua itu tetap kekal sebagai rakan baik.
"Saya rasa seorang rakan mesti cukup ikhlas untuk bercakap mengenai perbezaan kita dan kebimbangan kita mengenai banyak perkara. Selagi kita boleh bercakap dan pastikan kita tidak melampaui batasannya," tambah Perdana Menteri. Berita asal

