Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hartal Doktor Kontrak rancang protes kedua
Diterbitkan:  Nov 2, 2021 9:14 AM
Dikemaskini: 2:03 AM

Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Belanjawan 2022 yang dibentangkan minggu lepas.

Belanjawan antaranya memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan bukan menawarkan jawatan tetap.

Di Twitter malam tadi, kumpulan itu berkata lanjutkan masa itu membuang masa kerana tidak menjanjikan sebarang peluang dan jaminan kerja yang menjadi tuntutan utama mereka.

Mereka juga kecewa dengan Kementerian Kesihatan kerana tidak membantah keputusan itu.

"Lima tahun dalam perbincangan. Masih tiada penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan KWSP yang sering kali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

"Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai.

"Dengan ini, kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai protes," katanya dalam kenyataan.

Apabila ditanya bila bantahan kedua akan diadakan, wakil HDK Dr Mustapha Kamal berkata "tidak lama lagi" tanpa menyebut tarikh tertentu.

Pada bulan Julai, pergerakan itu telah berjaya mendorong beratus-ratus doktor kontrak daripada seluruh negara untuk mogok.

Gerakan HDK telah berkempen untuk menamatkan "sistem dua peringkat" semasa antara doktor pelatih tetap dan mereka yang berkontrak di hospital kerajaan. Doktor kontrak tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah tempatan untuk menjadi pakar.

Mereka juga tidak dijamin jawatan tetap selepas kontrak lima tahun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berjanji akan bekerjasama dengan HDK untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.

HDK sedang dalam proses membentuk kesatuan doktor kontrak menjelang akhir tahun untuk menuntut penambahbaikan kepada keadaan kerja.

Lihat Komen
ADS