Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Di sebalik gangguan, Rewcastle-Brown tidak kesal dedah skandal 1MDB

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan pendedahan skandal 1MDB yang membantu gerakan antirasuah sehingga membawa kepada kejatuhan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurutnya, pendedahan skandal itu telah menjadikannya sasaran tindakan undang-undang dan gangguan namun dia sama sekali tidak ragu dengan usahanya.

"Tidak, gangguan itu adalah isyarat bahawa saya melakukan cerita yang betul. Kerana saya mencetuskan reaksi sedemikian, itu memberitahu bahawa saya melakukan perkara yang betul," kata Rewcastle-Brown ketika ditanya jika dia menyesal membuat banyak laporan mendedahkan skandal 1MDB selama beberapa tahun.

Dia berkata demikian ketika menghadiri forum maya anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Rangkaian Filem Kebebasan (FFN) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) malam tadi, sempena Hari Antarabangsa untuk Mengakhiri Impuniti bagi Jenayah Terhadap Wartawan.

Rewcastle-Brown juga mengambil kesempatan untuk memuji wartawan tempatan atas keberanian mereka dalam menegakkan kebenaran dan mengakui keistimewaannya sebagai wartawan asing memberinya kebebasan yang tidak dimiliki wartawan tempatan.

Tambahnya pihak berkuasa Malaysia telah cuba "mengeksport" beberapa taktik ugutan yang digunakan terhadap penentang tempatan, termasuk pertuduhan fitnah jenayah terhadapnya.

Tetapi sebagai rakyat British katanya, ini bermakna taktik pihak berkuasa Malaysia tidak dapat mencapai sejauh yang mereka harapkan.

"Saya mempunyai banyak perlindungan dalam kedudukan saya berada. Taktik sebegitu dianggap sebagai cemuhan, seram dan jijik oleh kerajaan di sini.

"Jadi apabila saya menerima ugutan fitnah jenayah daripada negara asing, pada tanggapan di Britain atau Eropah, mereka akan berkata - tetapi kami tidak mempunyai undang-undang ini, dan wartawan tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu," kata Rewcastle-Brown yang merupakan anak kelahiran Sarawak.

Sementara itu mengulas mengenai isu kebebasan akhbar di Malaysia, Rewcastle-Brown berkata Malaysia menyaksikan peningkatan dalam tapisan kendiri sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

"Saya, sebagai pembaca luar, melihat kegugupan sekarang dalam cara wartawan di Malaysia membuat liputan.

"Tidak dinafikan bahawa anda melihat penapisan kendiri sekarang dalam media yang tidak wujud apabila terdapat cetusan singkat kebebasan media selepas PRU14," katanya.

[Baca berita penuh] 

Lihat Komen
ADS