Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM50,000 sebulan untuk setiap pejabat penasihat PM
Diterbitkan:  Nov 10, 2021 9:28 AM
Dikemaskini: 9:47 AM

PARLIMEN | Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempunyai tiga penasihat dan mereka menelan belanja RM50,000 setiap seorang untuk sebulan, termasuk kakitangan mereka.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri Tugas-Tugas Khas Abdul Latiff Ahmad berkata terdapat tiga penasihat yang sedang menasihati perdana menteri masing-masing berhubung kesihatan, agama, serta undang-undang dan hak asasi manusia.

Nama penasihat tidak dinyatakan, tetapi pelantikan Ahli Parlimen Pengerang  Azalina Othman Said sebagai penasihat undang-undang dan hak asasi manusia telah dihebahkan secara meluas.

Abdul Latiff menjawab soalan Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meminta perdana menteri menyatakan bilangan penasihat di bawah kakitangannya dan kos yang terlibat.

Abdul Latiff berkata perdana menteri akan melantik penasihat khas jika perlu berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka.

Lihat Komen
ADS