Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN umum manifesto, ikuti langkah PH dan BN
Diterbitkan:  Nov 14, 2021 9:56 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

PRN MELAKA | PN akhirnya mengumumkan manifestonya untuk pilihan raya Melaka hari ini, menyertai BN dan PH yang telah menawarkan janji kempen mereka pada hari Rabu (10 Nov).

Manifesto PN mengandungi pendekatan yang lebih umum dan bukannya perkara dasar khusus berbanding pesaing mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa janji khusus mengenai pemberian tunai.

Ini termasuk bayaran one-off RM200 kepada guru sekolah agama dan tadika di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Melaka.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang melancarkan manifesto melalui majlis maya berikutan sekatan ketat terhadap kempen fizikal akibat Covid-19, turut menjanjikan bayaran sekali sahaja RM200 untuk semua bayi baru lahir di Melaka bagi tahun 2021.

Majlis itu disiarkan dari Shah Alam di Selangor.

Janji kempen lain yang lebih terperinci termasuk penangguhan pembayaran balik pinjaman bawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, diskaun 50 peratus lesen penjaja serta diskaun sewa 50 peratus untuk peniaga kecil.

Kempen untuk pilihan raya Melaka bermula pada 8 Nov. Pengundi akan membuat keputusan pada 20 Nov.

Sebanyak 28 kerusi disediakan untuk dimenangi. PN, BN da PH bertembung di semua kerusi DUN.

Sekurang-kurangnya 15 orang Adun diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Manifesto lengkap PN, serta pesaing mereka BN dan PH, boleh didapati seperti di bawah.

Manifesto PN:

Manifesto BN:

Manifesto PH:

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS