Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agong perkenan tiga akta diluluskan
Diterbitkan:  Nov 17, 2021 1:02 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

PARLIMEN l Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah memperkenankan tiga akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 lalu.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia membabitkan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa Pindaan 2021, Akta Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) Pindaan 2021 dan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara Pindaan 2021.

"Saya ingin memberitahu Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenan akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 lalu," katanya dalam pemakluman Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi soal jawab, hari ini.

Sementara itu, Azhar berkata, Dewan Rakyat turut memperingati Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun dengan mengadakan sambutan dan menjemput semua Ahli Parlimen meraikannya pada di Dewan Banquet, Parlimen, jam 1 tengah hari ini.

"Hari Kanak-Kanak Sedunia ini adalah hari istimewa kerana ia menandakan penerimaan konvensyen hak kanak-kanak pada 20 November 1989 dan Malaysia sudah meratifikasi konvensyen ini pada 1995," katanya.

Azhar berkata, Malaysia mempunyai obligasi dengan mematuhi prinsip dan peruntukan termaktub dalam konvensyen itu terutama berkaitan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS