Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN menang majoriti lebih 2/3
Diterbitkan:  Nov 20, 2021 8:55 PM
Dikemaskini: 3:22 PM

BN menang besar dalam pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti lebih dua pertiga.

Pakatan Harapan (PH) pula gagal mengekalkan semua 15 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2018.

Setakat laporan ini ditulis, BN telah mendapat 21 kerusi, melebihi bilangan 18 yang diperlukan untuk majoriti dua pertiga.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi DUN.

Perikatan Nasional (PN) pula hanya mendapat dua kerusi, selain sebilangan besar calonnya dan juga calon sekutunya, PAS hilang wang pertaruhan.

PH pula hanya menang di lima kerusi. Setakat ini empat kerusi disumbangkan oleh DAP dan satu lagi oleh Amanah. PKR tidak mendapat sebarang kerusi.

Pengkalan Batu menjadi kerusi terakhir yang dimenangi BN. Selepas proses pengiraan panjang, BN berjaya menewaskan PH dengan majoriti hanya 131 undi. 

Bekas Adun DAP, Norhizam Hassan Baktee terbukti mempengaruhi keputusan di kerusi tersebut dengan meraih 1,218 undi.

Keputusan rasmi di Pengkalan Batu belum diperoleh - yang sekarang ini sedang didahului BN.

Keputusan rasmi akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan langsung keputusan PRN Melaka

Lihat Komen
ADS