Majlis angkat sumpah ahli MPK diadakan esok
Semalam, Majlis Perbandaran Kelang (MPK) mengumumkan majlis angkat sumpah ahli MPK yang dijadual esok, ditangguhkan sehingga 30 November. Tetapi hari ini, MPK berkata ia akan diadakan esok juga.
Semalam, Majlis Perbandaran Kelang (MPK) mengumumkan majlis angkat sumpah ahli MPK yang dijadual esok, ditangguhkan sehingga 30 November. Tetapi hari ini, MPK berkata ia akan diadakan esok juga.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norfiza Mahfiz ia kerana kesemua ahli MPK telah berjaya menyelesaikan masalahmasing-masing dalam tempoh yang diberikan.
Katanya, majlis angkat sumpah bagi penggal 2006-2008 itu akan berlangsung pagi esok yang akan dihadiri kesemua 18 ahli MPK.
Semalam, Yang Dipertua MPK Abdul Bakir Zin berkata beliau memutuskan untuk menangguhkan majlis itu bagi membolehkan pihaknya memperkemaskan senarai dan status ahli Majlis serta bidang tanggungjawab mereka.
Menurut laporan Bernama, Abdul Bakir dilaporkan berkata, MPK berhasrat untuk melihat kesemua 18 Anggota Majlis dapat menyertai upacara angkat sumpah itu bersama.
Selesai masalah
Menurut laporan media sebelum ini, dua ahli Majlis berkemungkinan tidak dapat menyertai upacara angkat sumpah Jumaat ini sekiranya belum menyelesaikan masalah masing-masing.
Majlis mengangkat sumpah Anggota MPK sepatutnya berlangsung pada 19 Oktober lalu tetapi ditangguhkan berikutan kontroversi yang timbul melibatkan beberapa orang daripada mereka.
Dua ahli MPK penggal terdahulu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Deros dan Ketua Pemuda Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah, telah menarik diri setelah didakwa membina rumah tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Masalah melibatkan seorang lagi anggota, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff, yang turut dikesan melanggar peraturan membina rumah tanpa kelulusan, bagaimanapun telah dapat diselesaikan.

