Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar kesal maklumat salah dos penggalak dari vaksin berbeza
Diterbitkan:  Nov 25, 2021 10:53 AM
Dikemaskini: 2:53 AM

Tidak seperti kejayaan program vaksinasi Covid-19 beberapa bulan lalu, sambutan untuk program dos penggalak yang bermula pada Oktober lalu dilihat kurang memuaskan.

Menurut Khairy Jamaluddin, sebanyak 40 peratus orang yang menerima temu janji untuk suntikan dos penggalak tidak hadir.

Apabila Kementerian Kesihatan mengadakan sidang media pada 12 November bagi membangkitkan keberkesanan dos penggalak jenis yang berbeza (heterolog) menggunakan vaksin Pfizer, ia tidak cuba meredakan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan strategi tersebut.

Profesor epidemiologi Universiti Malaya Dr Moy Foong Ming baru-baru ini menyuarakan kekecewaan berkenaan penyebaran maklumat salah di dalam talian, tentang keselamatan strategi menggunakan dos penggalak dari jenis berbeza daripada vaksin asal ini.

“Sebab utama mencampurkan Sinovac dengan vaksin lain adalah kerana pencampuran dengan Pfizer atau AstraZeneca akan menghasilkan tahap keberkesanan sehingga 94 ke 95 peratus, manakala menggunakan Sinovac sebagai penggalak hanya akan memberikan kadar keberkesanan 75 peratus.

“Malangnya terdapat banyak maklumat yang tidak disahkan berkenaan pencampuran Sinovac dengan Pfizer yang disebarkan di media sosial.

“Kami sedar ramai individu terpengaruh dan menolak vaksin Pfizer sebagai penggalak. Ini telah menjejaskan usaha Kementerian Kesihatan untuk memberikan perlindungan tambahan kepada golongan ini,” katanya dalam artikel semalam.

Berbeza dengan tanggapan popular, dia berkata penggalak heterolog - di mana vaksin yang digunakan sebagai penggalak berbeza daripada yang digunakan untuk vaksinasi utama - telah pun dilakukan di negara lain.

“Sebagai contoh, Indonesia, Singapura, dan Chile mencampurkan Sinovac dengan Pfizer; manakala Thailand dan Kemboja mencampurkan Sinovac dengan AstraZeneca.

“Negara-negara Barat juga telah mencampurkan vaksin mereka yang ada (Pfizer, AstraZeneca, dan Moderna). Tidak ada kesan sampingan teruk yang dilaporkan dari negara-negara ini,” katanya.

Baca artikel penuh Dr Moy di sini.

Untuk konteks, artikel ini ditulis sebelum Kementerian Kesihatan mengumumkan jadual pemberian dos penggalak dan membenarkan kalangan yang sebelum ini menerima vaksin Sinovac untuk membuat pilihan jika ingin diberi dos penggalak yang sama. 

Lihat Komen
ADS