FRU ditugas awasi majlis angkat sumpah ahli MPK
Seramai 40 anggota polis, masuk dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal upcara angkat sumpah ahli Majlis Perbandaran Klanag (MPK) pagi ini sebagai satu "langkah berjaga-jaga".
Seramai 40 anggota polis, masuk dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal upcara angkat sumpah ahli Majlis Perbandaran Klanag (MPK) pagi ini sebagai satu "langkah berjaga-jaga".
Anggota polis mengadakan sekatan jalan di persimpangan masuk ke bangunan MPK dan mengawal pergerakan lalu lintas, manakala anggota pengutakuasa majlis itu menjaga setiap laluan masuk ke dewan tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah.
Menurut laporan Bernama, seorang pegawai MPK yang enggan namanya disiarkan berkata MPK mengambil langkah berjaga-jaga itu kerana bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Majlis bermula 9 pagi tadi dan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Ia disusuli mesyuarat bulanan majilis itu yang membincangkan beberapa hal berbangkit selain bajetnya untuk 2007.
Majlis mengangkat sumpah Anggota MPK sepatutnya berlangsung pada 19 Oktober lepas tetapi ditangguhkan berikutan kontroversi yang timbul melibatkan beberapa orang daripada mereka.
Dua ahli MPK penggal terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar Faizal Abdullah menarik diri setelah mereka didakwa membina rumah tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Berjalan lancar
Yang Dipertua MPK Abdul Bakir Zin berkata upacara pelantikan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan walaupun telah tertangguh beberapa kali.
Beliau berkata 18 anggota majlis untuk sesi 2006-2008 mengangka
t sumpah hari ini termasuk anak dan menantu Zakaria, Zainuri (kiri) dan Roselinda Abdul Jamil (kanan).
Selain Zainuri lima lagi anggota majlis baru yang dilantik ialah P.S Maniam, Chong Hak Beang, Choo Yuat Meng, Gan Yeew Tian dan Lim Hock Tee.
Abu Bakar berkata enam lagi anggota majlis akan dilantik oleh kerajaan negeri.
Zainuri, yang ditemui selepas majlis itu, berkata beliau gembira dan bersyukur kerana akhirnya majlis angkat sumpah itu berjaya dilaksanakan setelah tertangguh beberapa kali.
Zainuri, yang baru menyambut hari jadi ke-33 semalam, berjanji akan memberikan khidmat terbaik dan menjalankan tanggungjawab serta kepercayaan yang diberikan.
Janji Zainuri
"Saya akan menjaga nama baik MPK, dan menyedari bahawa menjadi anggota MPK bukanlah lesen untuk melakukan sesuka hati," katanya.
Zainuri, yang juga pemangku Ketua Umno Bahagian Klang, dipertanggungjawabkan menjaga rekreasi, alam sekitar dan infrastruktur dalam kawasan pentadbiran MPK.
Mengenai premis DZ Satay House miliknya yang dirobohkan semalam kerana dibina tanpa kebenaran, Zainuri berkata beliau akur terhadap keputusan itu.
Beliau berkata nasib 20 pekerja yang berkhidmat di gerai itu akan dipastikan terbela.
Katanya gerai baru juga mungkin dibuka tetapi beberapa perkara termasuk kawasan yang sesuai perlu dipertimbangkan.
"Nantilah, biar reda dulu, yang penting semua masalah dah selesai,"katanya.

