Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib gesa polis siasat dakwaan sembunyikan bukti kes 1MDB, SRC
Diterbitkan:  Nov 27, 2021 5:34 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Bekas perdana menteri, Najib Razak hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa ada pihak menyembunyikan bahan bukti membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib ketika ditemui pemberita berkata bukti tersebut boleh digunakan oleh barisan pembelaannya dalam hujah balas membabitkan perbicaraan kedua-dua kes yang membabitkan diri dirinya.

Bagaimanapun, Najib berkata dia tidak dapat mendedahkan nama individu terbabit namun mendapat tahu mereka yang terlibat merupakan individu yang dilantik ke Jabatan Peguam Negara dan SPRM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

"Tiada siapa yang lebih kecewa daripada saya kerana tiada agensi penyiasatan pernah mendedahkan kepada saya kaitan keluarga gabenor dengan Jho Low atau urusan, kerana saya telah mempercayainya sepenuhnya semasa saya menjadi perdana menteri.

"Lebih mengecewakan ialah pendedahan bekas peguam negara Tommy Thomas dua hari lalu bahawa beliau menyedari transaksi sedemikian semasa memegang jawatan," kata Najib kepada pemberita di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Kelmarin, Tommy Thomas berkata siasatan terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz dan suaminya berhubung skandal 1MDB tidak selesai atau ditutup semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, siasatan oleh SPRM ketika itu membolehkan tujuh atau lapan pendakwaan terhadap beberapa pihak yang berbeza.

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar di parlimen pada Isnin, ahli parlimen Pekan itu berkata polis dan pihak berkuasa hanya tahu dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2019.

Katanya, perkara itu tidak diketahui pihak berkuasa sebelum itu.

"Maklumat sedemikian tidak pernah dimaklumkan kepada saya dan pasukan undang-undang saya untuk digunakan dalam pembelaan saya di mahkamah walaupun maklumat tersebut menjadi bahan kepada pembelaan saya dalam kedua-dua kes SRC dan 1MDB saya.

"Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC saya juga menerima lebih RM85 juta yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan sekali lagi saya dan pasukan peguam saya tidak diberitahu mengenai perkara ini walaupun individu memainkan peranan penting dalam SRC kes," katanya.

“Oleh itu, saya membuat laporan polis ini untuk memohon pihak polis menyiasat jika ada sebarang percubaan oleh individu penting dalam Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dilantik di bawah pentadbiran PH yang dengan sengaja menyembunyikan bahan bukti daripada saya serta seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada Tawfiq.

SPRM memaklumkan sehingga kini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB, membabitkan nilai RM20.5 bilion, termasuk pemulangan semula aset bernilai AS$15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, dikatakan milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Tawfiq yang juga menjadi saksi pendakwaan kes 1MDB membabitkan Najib sebelum ini disoal siasat polis berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baru berkenaan siasatan itu dilaporkan.

Lihat Komen
ADS