Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramasamy kritik polis halang peneroka Kg Gatco jumpa MB
Diterbitkan:  Dec 1, 2021 9:49 AM
Dikemaskini: 1:49 AM

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mengkritik layanan yang diberikan kepada kira-kira 40 peneroka dari Kampung Serampang Indah di Jempol - lebih dikenali sebagai Kampung Gatco - yang ditahan dan diiringi pulang oleh polis ketika menaiki bas untuk bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun semalam.

Ramasamy menyifatkannya sebagai tindakan tidak wajar dan salah guna kuasa oleh pihak polis.

"Pelik apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bercakap tentang Malaysia sebagai satu keluarga, tapi polis mahu guna kaedah kasar untuk menyuraikan warga Malaysia yang ingin bertemu wakil rakyat mereka untuk menyelesaikan pertikaian tanah," katanya dalam kenyataan.

Insiden itu berlaku apabila bas yang membawa peneroka tiba Paroi, Seremban kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Mereka pada mulanya merancang untuk tiba di bangunan DUN Negeri Sembilan pada jam 11 pagi untuk menghantar memorandum berhubung isu tanah peneroka kepada Aminuddin.

Ramasamy bersama peneroka

Ramasamy berkata semalam beberapa peneroka yang datang menaiki kenderaan sendiri dapat bertemu dengan Aminuddin, ditemani beberapa anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Aminuddin cukup baik untuk membuat temu janji bagi bertemu ahli jawatankuasa peneroka pada satu tarikh.

"Di mana Keluarga Malaysia? Di mana sifat kebaikan dan belas kasihan? Mengapa polis menahan bas yang membawa mereka? Adakah polis fikir peneroka ada kencenderungan pengganas?" soalnya.

Dia berkata tugas polis adalah untuk menjaga keamanan dan bukannya menghalang orang yang mahu bertemu wakil rakyat mereka. Dia berkata akan menulis surat kepada ketua polis negara berhubung perkara itu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS