Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peratusan jangkitan sporadik tinggi di Sabah - Masidi
Diterbitkan:  Dec 5, 2021 9:34 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Peratusan jangkitan Covid-19 secara sporadik di Sabah yang masih tinggi harus dilihat sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata 36 peratus daripada 294 kes hari ini, 38 peratus daripada 351 kes semalam (4 Dis), dan 42 peratus daripada 374 kes pada Jumaat lepas (3 Dis) adalah jangkitan sporadik.

"Semua prosedur operasi standard perlu dipatuhi setiap masa. Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baru Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya," kata Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu hari ini.

Masidi juga berkata sebanyak 153 kes daripada keseluruhan 294 kes baru hari ini dikesan melalui saringan kontak rapat sekali gus menunjukkan terdapat kebarangkalian tinggi berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP.

Sementara itu Masidi berkata empat kes kematian dilaporkan hari ini dengan dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Sipitang.

- Bernama


 

Lihat Komen
ADS