Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SOP Thaipusam belum dimuktamad, kata menteri lepas kritikan
Diterbitkan:  Dec 8, 2021 10:15 PM
Dikemaskini: 2:15 PM

Prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 untuk sambutan Thaipusam akan datang masih belum dimuktamadkan, kata Kementerian Perpaduan Negara.

SOP yang dicadangkan masih perlu diluluskan dalam tiga mesyuarat berbeza terlebih dahulu, iaitu" Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik, Mesyuarat Kuartet Menteri dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik."

"SOP Sambutan Thaipusam akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara setelah mendapat kelulusan dari jawatankuasajawatankuasa yang telah dinyatakan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa SOP yang dicadangkan tidak akan membenarkan perarakan kereta pedati, berikutan ancaman varian Omicron.

Dia juga berkata perarakan Chingay tidak akan dibenarkan semasa Tahun Baru Cina, manakala SOP untuk perayaan Krismas akan dibincangkan dalam mesyuarat 14 Dis.

Kenyataan Halimah mendapat kritikan daripada ahli parlimen pembangkang yang merujuk kepada kadar vaksinasi negara yang tinggi, kejayaan pilihan raya Melaka dan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap larangan perarakan.

"Jika tiada perarakan, tiada sambutan. Jadi saya menggesa (kerajaan) memperbetulkan perkara ini dan hal ini diberi perhatian,” kata Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer di Dewan Rakyat hari ini.

Sesi libat urus

Kementerian itu berkata ia mengadakan sesi libat urus antara 10 ketua agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor, serta wakil daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Ia diadakan pada 2 Dis untuk membincangkan sambutan besar-besaran yang dirancang untuk Thaipusam, yang jatuh pada 18 Jan tahun depan.

Sesi membincangkan prosedur untuk tujuh aktiviti berbeza sekitar perayaan itu, iaitu sembahyang kuil, perarakan kavadi, Paal Koodam (kurban susu), cukur rambut, mandi ritual, pembukaan gerai, pergerakan kereta pedati perak dan perarakan pengiring.

Lihat Komen
ADS