Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MMC-Gamuda nafi pernah lobi Dr M, dakwa kenyataan Pua bersifat fitnah
Diterbitkan:  Dec 10, 2021 10:10 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

MMC-Gamuda menuduh Ahli Parlimen Damansara Tony Pua sebagai membuat kenyataan bersifat fitnah berhubung bahagian kedua jawapan balasnya terhadap dakwaan Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu surat balas bagi menepis dakwaan Pua, syarikat usaha sama itu menyifatkan dakwaan ahli parlimen DAP itu bahawa mereka telah melobi Mahathir - yang memegang jawatan perdana menteri pada 2018 - semasa kerajaan sedang berusaha mengurangkan kos projek MRT2 adalah rekaan.

"Berkenaan dakwaan kami melakukan ‘kunjungan yang tak terkira banyaknya untuk melobi Mahathir', kami cukup tahu tentang Mahathir untuk memutuskan di peringkat awal yang pendekatan terbaik adalah menulis surat secara rasmi kepadanya atas kapasitinya sebagai perdana menteri, di mana kami membentangkan pandangan kami dan menyerahkan kepada kebijaksanannya untuk membuat keputusan.

“Bahagian (dakwaan) anda (yang mengatakan) bahawa kami membuat ‘kunjungan yang tak terkira banyaknya untuk melobi Mahathir' adalah tidak benar kerana kami percaya ia tidak akan membantu," kata Pengarah Urusan Gamuda Engineering Justin Chin Jing Ho dalam surat balasnya itu.

Tambahnya, hujah yang dikemukakan dalam surat mereka kepada Mahathir adalah sama seperti yang dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan perunding kejuruteraan yang dilantik secara bebas.

Sebelum ini, Pua mendakwa MMC-Gamuda tidak menyatakan kebenaran secara sepenuhnya kepada Mahathir dalam mempertahankan kos asal projek MRT2.

Usaha kerajaan untuk merundingkan semula projek MRT2 membawa kepada penjimatan sebanyak RM8.82 bilion.

Bagaimanapun, proses itu mencetuskan ketegangan antara Pua dan MMC-Gamuda.

Ia selepas Pua menulis surat terbuka yang mengkritik usaha sama itu, yang mencetuskan kemarahan Mahathir.

Kenyataan penuh jawapan balas MMC-Gamuda kepada Pua boleh dibaca di sini.

Lihat Komen
ADS