Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Nama Jho Low belum masuk senarai notis merah Interpol

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan bahawa nama Low Taek Jho masih tidak dimasukkan dalam senarai individu yang dikehendaki oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Acryl berkata dia sendiri tidak pasti sebab nama ahli perniagaan dalam pelarian yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu masih tiada dalam senarai.

"Saya pun kurang jelas kenapa namanya masih tidak disenaraikan. Untuk permohonan notis merah perlu memenuhi beberapa protokol yang dipatuhi.

"Yang ini mungkin membuatkan (penyenaraian) sedikit lewat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sambutan 100 hari Kerajaan Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Acryl Sani

Polis dilaporkan pernah mengemukakan permohonan notis merah kepada Interpol melalui surat bertarikh 22 Disember tahun lalu, bagaimanapun ia ditolak.

Pada 29 Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya akan membuat permohonan semula.

Jho Low adalah individu utama dalam skandal 1MDB dan didakwa menjadi orang kepercayaan kepada bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan syarikat itu.

Dalam pada itu, Acryl juga memaklumkan polis turut memohon seorang lagi ahli peniaga dalam buruan, Nicky Liow untuk dimasukkan dalam senarai notis merah Interpol.

Low Liow disiasat untuk sejumlah kesalahan jenayah, termasuk jenayah terancang, pengubahan wang haram, Macau Scam dan jenayah komersial.

Lelaki berusia 33 tahun itu turut dipercayai terlibat dengan seorang ketua kongsi gelap sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, dikenali sebagai 14K, Wan Kuok Koi @ Broken Tooth Koi.

Lihat Komen
ADS