3,140 kes baru Covid-19 hari ini
Diterbitkan: Dec 21, 2021 1:31 PM
COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,140 kes baru Covid-19. Ini menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,724,684.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 18.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (20 Disember) yang mencatatkan 2,589 kes, adalah seperti berikut:
- Selangor (380)
- Johor (355)
- Kedah (277)
- Kelantan (249)
- Terengganu (232)
- Pulau Pinang (225)
- Kuala Lumpur (186)
- Pahang (168)
- Sabah (122)
- Perak (112)
- Negeri Sembilan (101)
- Melaka (88)
- Sarawak (36)
- Putrajaya (30)
- Perlis (20)
- Labuan (8)

