Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sabah tamatkan larangan eksport balak minggu depan
Diterbitkan:  Dec 28, 2021 9:41 AM
Dikemaskini: 1:41 AM

Kerajaan Sabah meluluskan program Eksport Balak Terhad yang akan bermula tahun depan, sekali gus mengakhiri larangan eksport balak yang dikenakan pentadbiran Warisan pada 2018.

Menurut laporan yang memetik ketua pemuliharaan hutan Sabah, Frederick Kugan, program itu akan berkuat kuasa bermula minggu depan (3 Jan 2022).

“Satu jawatankuasa penyelarasan melibatkan Persatuan Kayu-kayan Sabah dan Persatuan Perusahaan Kayu-kayan Sabah, serta agensi kerajaan yang berkaitan, akan dibentuk untuk memutuskan kuota pengagihan kayu balak dari hutan asli, yang dihadkan kepada 20 peratus daripada anggaran pengeluaran tahunan, " kata Kugan seperti dipetik The Vibes.

Pada Mei 2018, ketua menteri Sabah ketika itu Mohd Shafie Apdal mengumumkan larangan sementara eksport kayu balak bagi memastikan bekalan mencukupi untuk perusahan domestiknya.

Kugan, yang mengetuai Jabatan Perhutanan Sabah dilaporkan telah menghantar pekeliling pada 21 Dis lalu bagi memaklumkan pegawai daerah bahawa program eksport berkenaan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Ia menyatakan bahawa pihak-pihak yang mahu mengeksport kayu balak dari Sabah mestilah antara lain mempunyai lesen Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA).

[Baca laporan asal] 

Lihat Komen
ADS