Selamat tahun baru dari Malaysiakini
Sebaik saja waktu memasuki 12 tengah malam, kita semua meninggalkan satu lagi tahun yang penuh dengan kisah dan peristiwa yang pelbagai. Serentak dengan itu juga kita meraikan kedatangan 2022.
Daripada Malaysiakini, kami semua mengucapkan selamat tahun baru kepada anda - khususnya pembaca kami.
Sepanjang 22 tahun yang lalu, menjadi kebanggaan kami untuk berkongsi pelbagai pengalaman perjalanan Malaysia dan satu lagi tahun baru untuk membina hari esok yang lebih baik buat generasi akan datang.
Semoga 2022 menjadi tahun untuk kita semua menyaksikan pelbagai kejayaan sebenar dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam usaha kita memerangi rasuah.
Kami bekerja dengan kekuatan sumber dan kakitangan terhad hari ini sebelum kembali kepada keadaan biasa semula kemudian untuk terus memberikan anda lebih banyak berita dan pandangan yang penting.

