Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AG mesti jelaskan alasan gugur kes jenayah kepentingan awam - Badan Peguam

Badan Peguam Malaysia mengulangi desakannya agar Peguam Negara (AG) memberi alasan mengapa beberapa kes jenayah berkepentingan awam digugurkan.

Presidennya AG Kalidas berkata, orang ramai perlu mengetahui sebab-sebab penguguran kes sedemikian yang membabitkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran dan tadbir urus, tidak kira individu berkenaan dari pihak mana.

Katanya, ini adalah teras kepada prinsip kedaulatan undang-undang, yang melibatkan antara lain ketelusan, yang menjadi asas kepada kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

Kalidas berkata, keperluan untuk ketelusan adalah penting walaupun Peguam Negara mempunyai budi bicara untuk memulakan atau menghentikan sesuatu kes mahkamah jenayah mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi tadi.

Pada 19 November tahun lalu dalam satu kenyataan media yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Kalidas menggesa AGC menjelaskan keputusannya untuk menarik balik rayuan terhadap pembebasan bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah.

Menurut Badan Peguam, pihaknya "terganggu dengan keputusan AGC yang dikatakan untuk menarik balik rayuan itu, dengan mengambil kira fakta bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tidak dibuat sebulat suara".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS