Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M makin pulih, pindah wad biasa IJN
Diterbitkan:  Jan 26, 2022 7:02 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad semakin pulih dan telah dipindah keluar ke bilik wad biasa IJN hari ini, maklum anaknya Marina Mahathir.

"Tun Dr Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini," katanya pada satu kenyataan hari ini.

"Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya," kata Marina yang juga aktivis sosial itu.

Sabtu lepas, Marina memaklumkan keadaan bapanya stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.

Ini kali ketiga ahli parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Pejuang itu juga – yang akan mencecah 97 tahun pada Julai – telah dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut pada 16 Dis lalu dan menghabiskan seminggu di sana sebelum dibenarkan keluar pada 23 Dis.

Dia kemudiannya dimasukkan ke IJN untuk prosedur elektif pada 7 Jan dan keluar pada 13 Jan.

Lihat Komen
ADS