Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mazlan Bujang keluar Bersatu, sokong Hasni jadi MB
Diterbitkan:  Jan 27, 2022 3:35 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Mazlan Bujang secara rasmi mengumumkan keluar dari Bersatu dan menyokong Hasni Mohammed dari Umno.

Sebelum Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan, Mazlan adalah Adun Puteri Wangsa.

Mazlan sebelum ini juga merupakan ketua Bersatu Tebrau.

“Saya menyokong Hasni untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Ini akan memastikan kestabilan politik dan masa depan yang lebih baik untuk Johor," kata Mazlan.

Mazlan dilantik sebagai Ketua Bersatu Johor pada 2019. Tujuh belas bulan kemudian, dia mengosongkan jawatan itu yang diambil alih oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Hasni telah melantik Mazlan dalam kabinetnya, yang berlangsung antara Mac 2020 hingga awal bulan ini.

Mazlan mendakwa ketua setiausaha Bersatu bahagian Tebrau dan 23 ketua cawangan juga akan keluar parti.

Dia berkata dia tidak akan menyertai mana-mana parti, buat masa ini, tetapi akan menyokong BN.

Dalam respons segera, pengarah pilihan raya Bersatu Johor Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan Mazlan langsung tidak menjejaskan parti itu.

“Mazlan tidak aktif dalam parti, parti sudah lama bergerak bebas di kawasannya.

"Dalam beberapa majlis Mazlan, dia nampak lebih selesa dengan tokoh Umno berbanding dengan Bersatu. Malah abangnya juga pemegang jawatan Umno bahagian," kata Badrul Hisham.

Tambahnya, bahagian Bersatu Tebrau kini diketuai oleh Kamaruzzam Abu, yang merupakan timbalan ketua bahagian.

Lihat Komen
ADS