Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang individu bagi membantu perbicaraan satu kes rasuah di mahkamah.

Individu itu dikenali sebagai Woo Kin Soon, 37.

“Lelaki terbabit mempunyai alamat terakhir di No 989, Kampung Baru Bukit Merah, 31500, Lahat, Perak,” menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini.

Kenyataan itu menyebut orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Woo diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nurul Liana Semsudin di talian 019-9844 316 atau 05-5267 000.

Difahamkan, Woo diperlukan untuk memberi keterangan dalam satu kes rasuah dan dia dikategorikan sebagai saksi penting.

- Bernama