Amaran hujan tahap buruk dan waspada di Pahang, Johor
Diterbitkan: Feb 10, 2022 3:37 PM
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor).
Sementara itu hujan tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di Pekan (Pahang), Segamat, Kluang dan Kota Tinggi yang ketiga-tiganya di Johor.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.