Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siti Kasim mahu tanding di parlimen Batu - Laporan
Diterbitkan:  Feb 17, 2022 5:06 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Peguam Siti Kasim mengumumkan akan bertanding di parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang, lapor The Star.

Dia merupakan sebahagian daripada kumpulan Gerakan Independent, yang telah mengisytiharkan akan bertanding di beberapa kerusi pada PRU15.

Pada sidang media hari ini, Gerakan Independent mendedahkan enam calon yang akan diletakkan pada PRU15, dengan lebih banyak lagi akan diumumkan.

Siti berkata kumpulan itu telah mengenal pasti 15 kawasan yang diminatinya, tetapi pihaknya akan meletakkan tidak lebih daripada sepuluh calon.

Calon lain yang disahkan oleh Gerakan Independent ialah Ravee Suntheralingam (Wangsa Maju), KJ John (Petaling Jaya), Charles Chow (Subang), Roland Cheng (Kota Kinabalu) dan Tawfik Ismail kemungkinan besar bertanding di parlimen Simpang Renggam.

Malaysiakini telah menghubungi Siti untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai laporan ini.


Lihat Komen
ADS