Covid-19: 30,644 kes baru, 57 lagi kematian
Sebanyak 30,644 kes harian Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 3,367,871 kes.
Kes aktif kini berjumlah 294,431, meningkat 109.9 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (7,290)
Sabah (4,256)
Kedah (2,621)
Pulau Pinang (2,531)
Johor (2,369)
Kuala Lumpur (2,081)
Kelantan (1,836)
Pahang (1,645)
Negeri Sembilan (1,589)
Perak (1,578)
Terengganu (787)
Melaka (731)
Sarawak (460)
Labuan (441)
Perlis (273)
Putrajaya (156)
Sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan semalam, dengan 14 orang meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Johor (14) diikuti Sabah (8), Perak (6), Kedah (5), Melaka (5), Selangor (5), Pahang (3), Terengganu (3), Perlis (2), Kuala Lumpur (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (1) dan Sarawak (1).
Ini adalah jumlah kematian tertinggi yang dilaporkan dalam sehari sejak 21 Dis tahun lepas.
Sepanjang minggu lalu, purata 45 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 22 kematian, sekali gus menunjukkan kenaikan.
Sejak wabak bermula pada Mac 2020, sebanyak 32,591 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.
Setakat ini seramai 7,949 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 332 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.
Kemasukan hospital bagi pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selama tiga hari.
Secara amnya, nisbah kes aktif kepada bilangan individu yang dimasukkan ke hospital adalah lebih kecil berbanding tempoh Ogos-September tahun lalu ketika kemuncak gelombang varian Delta Covid-19.
Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 214 kematian direkodkan pada Februari, meningkat daripada 91 kes pada Januari dan 202 kes pada bulan sebelumnya.

