Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas caci - Penjaja dan Adun 'tak tahu buat kerja' berdamai
Diterbitkan:  Mar 2, 2022 12:18 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

PRN JOHOR | Seorang penjaja akhirnya berdamai dengan calon DAP, Liow Cai Tung yang sebelum ini dicaci kerana didakwa tidak tahu membuat kerja.

Penjaja itu yang dipanggil sebagai "abang Lim", berkata dia tidak bermaksud untuk memarahi Liow, sebaliknya mengatakan pada masa itu dia berada dalam keadaan emosi.

Liow menyiarkan video selama 24 saat di Facebook semalam yang pertemuan di mana kedua-duanya dilihat berbual mesra dan berlaga penumbuk.

Lim sebelum in memarahi Liow yang datang ke gerai buahnya pada 27 Feb dengan mengatakan penyandang kerusi DUN Johor Jaya itu tidak menyelesaikan aduannya mengenai persimpangan jalan yang terdedah kepada kemalangan.

Rakaman video kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial.

Liow berkata sejak menerima aduan itu, pejabatnya telah berhubung dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Kataya, kotak kuning dan bonggol dibina di jalan tersebut tetapi ia tidak memuaskan hati Lim kerana dia mahu satu lagi bonggol dibina di jalan bersebelahan.

“Abang Lim mengambil inisiatif untuk menghubungi saya dan kami pergi membuat pemeriksaan di persimpangan semula.

"Lim kata dia tidak mahu perkara itu dijadikan isu oleh pihak lawan, jadi dia tampil untuk menjelaskannya," tambahnya.

Liow mengucapkan terima kasih kepada Lim atas perhatiannya terhadap isu di kawasan terbabit dan keprihatinannya mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan jalan itu.

Dia menambah bahawa Lim atas inisiatifnya sendiri, juga telah mengumpulkan penduduk setempat untuk bertemu Liow bagi menambahbaik persimpangan jalan berkenaan.

Liow berkata dia berjanji untuk menyampaikan permintaan mereka kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS