Ibu tunggal yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Loh Siew Hong, menulis surat terbuka untuk menyatakan penghargaan kepada beberapa pihak yang membantu mendapatkan tiga anaknya.

Antara individu yang dinamakan wanita terbabit ialah Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, dan Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie, serta Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy.

Ketiga-tiga anaknya - yang diislamkan secara sepihak sebelum ini - disatukan dengan Loh selepas usahanya melalui mahkamah diterima hakim pada minggu lalu.

Dalam suratnya itu dia turut menyatakan terima kasih kepada Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low kerana menggerakkan program membantu mangsa keganasan demostik seperti yang dialaminya.

Tidak ketinggalan disebut dalam surat itu ialah tokoh dalam kumpulan berpengaruh G25, Noor Farida Ariffin serta aktivis sosial Hartini Zainuddin, yang membantu mengumpul dana bagi membeli kendera saji bagi membolehkan Loh memulakan pernigaan menjual makanan.

[Baca berita penuh]