Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan kelirukan Dewan Rakyat, speaker minta Najib beri penjelasan
Diterbitkan:  Mar 7, 2022 6:37 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

PARLIMEN l Bekas Perdana Menteri Najib Razak diminta memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu ketika perbahasan minggu lepas yang dikata mengelirukan dewan.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata dia telah menulis surat kepada Najib bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan meminta bekas perdana menteri itu memberi kenyataan.

"Saya telah menulis kepada YB (Yang Berhormat) Pekan untuk minta penjelasan, serta YB Menteri Kewangan tentang apa yang beliau katakan tempoh hari dan saya sedang menunggu jawapan.

"Saya meminta beliau (Najib) beri penjelasan hari Rabu ini, tapi saya tak tahulah beliau dapat (atau tidak) beri penjelasan hari itu, saya tidak tahu,” katanya.

Azhar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (DAP-Jelutong) yang bangun pada sesi perbahasan Titah Diraja persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk meminta maklum balas mengenai usul Tony Pua (PH-Damansara) yang mahu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul itu antara lain mendakwa perbahasan Najib dalam Dewan Rakyat pada 2 Mac berkaitan isu 1MDB serta hutang dan kewangan negara pada minggu lalu, mengelirukan dewan dan boleh disifat sebagai menghina majlis.

Ketika sesi perbahasan minggu lalu itu, Rayer turut digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama sehari, selepas ingkar arahan timbalan speaker, Ramli Mohd Nor untuk duduk selepas berkali-kali cuba mencelah.

Lihat Komen
ADS