Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Aktivis alam sekitar Shariffa Sabrina Syed Akil akan didakwa pada 15 Mac ini atas pertuduhan menduduki tanah di negeri Pahang secara haram.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) itu akan berdepan tiga pertuduhan berhubung pendudukan yang menyalahi undang-undang di hadapan Mahkamah Sesyen di Raub pada Selasa depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Shariffa Sabrina mengesahkan bahawa dia telah dimaklumkan mengenai dakwaan tersebut melalui notis pejabat sekretariat kerajaan Pahang.

Shariffa Sabrina berkata bahawa pihak pendakwa raya akan mendakwanya atas tuduhan pendudukan tanah negeri yang didakwa secara menyalahi undang-undang melalui pembinaan pusat peranginan mesra alam dan sebuah kafe di daerah Tras, Dong, dan Bentong.

Pusat peranginan dan kafe itu adalah Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, Raub; Tanah Aina Fahad Glamping Resort, Raub; and Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Bentong.

Tiga pertuduhan yang dikenakan itu adalah mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965, dan kesalahan itu didakwa dilakukan antara 10 dan 11 Jun tahun lepas.

Shariffa Sabrina berdepan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, mengikut Seksyen 425 Kanun jika sabit kesahan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS