Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN rampas Gambir, kerusi lama Muhyiddin
Diterbitkan:  Mar 12, 2022 1:21 PM
Dikemaskini: 2:22 PM
  • Dikemas kini dengan pengumuman rasmi SPR.

BN merampas Gambir, kerusi lama pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya negeri ini dan meletakkan Mohd Solihan Badri sebagai calon PN.

Kerusi itu turut ditandingi oleh Sahrihan Jani daripada BN, Suraya Sulaiman (Pejuang) dan Naim Jusri (PKR).

Pada 2018, Muhyiddin menang kerusi tersebut dengan 10,280 undi.

Dia mengalahkan calon MIC M Asojan dan calon PAS Mahfodz Mohamed dengan majoriti 3,088.

MIC penyandang kerusi itu sejak 2004 sebelum dirampas oleh Muhyiddin yang bertanding di bawah tiket PKR.

Namun, dia tidak mempertahankan pada PRN kali ini menjelaskan keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN berkenaan.

Keputusan penuh

1. Suraya Sulaiman (Pejuang) - 220  
2. SAHRIHAN JANI (BN-UMNO) - 7,960
3. Na’im Jusri (PKR) - 4,509     
4. Mohd Solihan Badri    (PN-Bersatu) - 4,814  

Jumlah undi - 17,503  
Peratus - 61.33%
Undi ditolak - 305  
Kertas undi tidak dikembalikan- 245  
Majoriti- 3,146  
Penyandang: Muhyiddin Yassin (PKR)
Undi diperoleh: 10,280
Majoriti: 3,088


Lihat Komen
ADS