10,002 lagi dijangkiti Covid-19, korban meningkat 28
COVID-19 | Ada sebanyak 10,002 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan terkini mangsa jangkitan wabak itu meningkat kepada 4,256,469 orang.
Bagi kes aktif pula sebanyak 179,620 direkodkan dan jika dibandingkan dengan 14 hari lalu, ia lebih rendah sebanyak 28.9 peratus.
Berikut merupakan jumlah kes baru berdasarkan negeri:
Selangor: 5,791
Negeri Sembilan: 586
Johor: 489
WP Kuala Lumpur: 481
Pulau Pinang: 414
Perak: 403
Kedah: 338
Sarawak: 328
Pahang: 306
Terengganu: 238
Melaka: 212
Kelantan: 190
Sabah: 140
WP Putrajaya: 46
Perlis: 20
WP Labuan: 20
Sementara itu bagi tempoh semalam, tujuh mangsa Covid-19 meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan. Jumlah keseluruhan korban untuk semalam pula ialah 28 orang.
Perak dan Selangor mencatat kematian tertinggi semalam, iaitu masing-masing enam orang, diikuti Johor (5), Pulau Pinang (4), Negeri Sembilan (3), Pahang (2), dan Kedah serta Sarawak masing-masing seorang.
Sejak minggu lepas, purata 40.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 65.2, yang menunjukkan trend menurun.
Sebanyak 144 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 pada bulan ini berbanding 2,235 pada bulan lalu dan 770 pada Feb.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,127 orang meninggal dunia akibat Covid-19 direkodkan.
Bagi pesakit yang sedang dirawat pula, sebanyak 3,622 pesakit masih ditempatkan di hospital dengan 236 daripada mereka berada di unit rawatan rapi.

