Rusia tarik balik rayuan terhadap keputusan FIFA
Diterbitkan: Apr 6, 2022 12:17 PM
Kesatuan Bola Sepak Rusia (FUR) menarik balik rayuannya terhadap keputusan FIFA untuk menggantung pasukan negara itu daripada playoff kelayakan Eropah Piala Dunia 2022 susulan konflik Rusia-Ukraine, umum Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Selasa.
FUR memaklumkan perkara itu kepada mahkamah pada 30 Mac, lapor Agensi Anadolu.
Pada 8 Mac, FRU telah mengemukakan rayuan kepada CAS selepas negara itu dikecualikan daripada pertandingan FIFA dan UEFA ekoran konflik dengan Ukraine.
- Bernama

