Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayaran pengeluaran khas KWSP diawalkan, bermula esok
Diterbitkan:  Apr 17, 2022 8:57 PM
Dikemaskini: 1:32 PM

Pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 diawalkan kepada 18 April berbanding 20 April sebelum ini, maklum Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

"Bagi yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah periksa akaun masing-masing esok.

"Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat

"Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri tuan-tuan dan puan-puan lebih bermakna pada tahun ini," katanya pada hantaran video di media sosial malam ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu berkata kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP itu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covi

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas.

KWSP memaklumkan semalam, pihaknya menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion di bawah kemudahan Pengeluaran Khas setakat 8 malam, 14 April, 2022.

Permohonan itu dibuka kepada ahli pada 1 April, 2022 lalu.

KWSP berkata, mengikut kaum, Bumiputera Melayu merangkumi jumlah pemohon tertinggi sebanyak 65 peratus, diikuti Cina pada 12 peratus dan India pada 7 peratus manakala jumlah 17 peratus selebihnya terdiri daripada kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan bukan warganegara.

Kemudahan Pengeluaran Khas itu akan ditutup pada 30 April, 2022.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS