Gempa bermagtitud 5.9 gegar Selatan Filipina
Diterbitkan: Apr 19, 2022 12:17 PM
GLOBAL | Gempa bumi bermagnitud 5.9 menggegarkan wilayah Davao Oriental di selatan Filipina pada Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Gegaran yang berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 49 kilometer (km), kira-kira 54 km tenggara bandar Manay, lapor Xinhua.
Menurut institut itu beberapa gegaran susulan diramal berlaku dan boleh menyebabkan kerosakan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.