Kundasang alami gempa bumi lemah pagi ini
Diterbitkan: Apr 26, 2022 10:48 AM
Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 9.28 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) di barat laut Ranau, Sabah.
Menurut kenyataan itu lagi, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.