Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korea Utara ucap tahniah sempena Victory Day kepada Putin
Diterbitkan:  May 10, 2022 12:09 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

GLOBAL l Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada Isnin menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Vladimir Putin sempena Victory Day yang disambut Rusia, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Kim antara lain menyatakan “solidariti teguh negaranya kepada perjuangan rakyat Rusia untuk menghapuskan ancaman politik serta peras ugut oleh pasukan musuh dan menjaga maruah, keamanan serta keselamatan negara.”

"Hubungan persahabatan tradisi dan strategik antara kedua-dua negara akan terus berkembang selaras dengan keperluan zaman," menurut Kim.

Pada Februari, jurucakap kementerian luar Korea Utara mendakwa krisis Ukraine berlaku berpunca daripada "dasar hegemoni" oleh pihak-pihak tertentu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS