Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Kuching berang, alasan AirAsia 'tak boleh diterima'
Diterbitkan:  May 11, 2022 1:15 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Ahli Parlimen Kuching Kelvin Yii membidas AirAsia, yang kerap memberi alasan berhubung kelewatan berterusan serta penjadualan semula penerbangan domestik sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Katanya, syarikat penerbangan tambang murah itu tidak sepatutnya menjual tiket jika ia tidak dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

"Ini menyebabkan pelbagai kesulitan dan juga kerugian ekonomi kepada orang ramai. Khususnya pada musim perayaan, ini tidak boleh diterima, dan Mavcom harus mempertanggungjawabkan mereka untuk melindungi hak pengguna.

"Walaupun keselamatan pesawat dan penumpang adalah paling penting, syarikat sepatutnya menjangkakan keadaan ini, dan jika sedar bahawa pesawat mereka tidak mencukupi, mereka tidak sepatutnya membuka semua tiket itu untuk dijual kepada orang ramai.

"Sekiranya mereka tahu tidak dapat memenuhi permintaan, mereka sepatutnya tidak membenarkan tiket itu dijual," kata Yii dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, AirAsia mengeluarkan permohonan maaf kedua berhubung perkara itu, dengan menjelaskan bahawa pesawat mereka tidak mencukupi kerana memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan selepas lama tidak digunakan, terutama sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Kelewatan itu juga disebabkan pesawat dari Malaysia dan rantau ini terpaksa menunggu lama untuk menjalani penyelenggaraan, dan ada pesawat yang mesti dibaiki sebelum boleh terbang semula.

Penjelasan AirAsia dikeluarkan selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi menuntut jawapan daripada syarikat penerbangan itu berikutan banyak aduan mengenai penjadualan semula penerbangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS