Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,029 kes baru, lima kematian dilaporkan
Diterbitkan:  May 14, 2022 9:05 AM
Dikemaskini: 1:05 AM

Sebanyak 3,029 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 4,473,500.

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, menjadi jumlah korban setakat ini 35,607.

Jumlah kes aktif meningkat kepada 28,734 kes tetapi masih kurang 36.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (1,286)

Kuala Lumpur (501)

Pulau Pinang (229)

Negeri Sembilan (208)

Perak (174)

Johor (126)

Melaka (108)

Putrajaya (88)

Sabah (78)

Kedah (61)

Pahang (58)

Sarawak (57)

Terengganu (23)

Kelantan (21)

Perlis (8)

Labuan (3)

Kes kematian baru dilaporkan di Selangor sebanyak dua kes, dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah. Satu kes dilaporkan mati ketika dibawa ke hospital.

Sejak minggu lepas, purata 4.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 8.1, yang menunjukkan pola menurun.

Sebanyak 60 korban akibat Covid-19 bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 564 laporan kematian bulan lepas dan 2,235 kematian pada bulan Mac.

Kini seramai 1,311 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan 42 orang dalam ICU.

Bilangan kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (157) disusuli dengan Johor (107) dan Sabah (72).

Lihat Komen
ADS